Sambutan Bulan Kemerdekaan 2017 Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Ade_Putra

Pada bulan Ogos dan bulan September setiap tahun, masyarakat Malaysia sama ada di bandar atau di desa, sekolah, badan-badan kerajaan atau swasta akan menganjurkan program sambutan bulan kemerdekaan agar usaha melahirkan modal insan berkualiti di samping memiliki jati diri yang jitu dapat dilahirkan. Pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat akan menjadikan sebuah bangsa Malaysia yang berani, tegas, berkeyakinan tinggi dan dihormati. Generasi muda yang akan menjadi pemimpin negara pada masa akan datang seharusnya memiliki semangat sedia berkorban demi kedaulatan agama, bangsa dan negara. dihormati. Generasi muda yang akan menjadi pemimpin negara pada masa akan datang seharusnya memiliki semangat sedia berkorban demi kedaulatan agama, bangsa dan negara. Tema sambutan pada tahun 2017 "SEKOLAHKU, NEGARAKU, SEHATI SEJIWA"Objektif program ini,adalah diharapkan murid berupaya menghargai diri sendiri dan bertindak untuk meningkatkan semangat bersatu, dan saling menghormati serta berusaha menentukan masa depan negara agar lebih gemilang, stabil dan aman damai


Barisan GuruMajlis PelancaranNyanyian Lagu PatriotikMerdeka Mountaineering Challenge 2- Angsi 2017
Barisan pendidik bersama-sama pihak pentadbir dan Yang Dipertua PIBG, Datuk Dr Hj Ihsan bin Osman.SMK Ade Putra mempunyai 64 orang guru (22 guru lelaki dan 42 guru perempuan).Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan ini telah dilancarkan pada 3 Ogos 2017 oleh YB Datuk HJ Md Rawi Bin Mahmud (ADUN Tg Bidara ) di Dataran Tun Fatimah. Sempena pelancaran tersebut telah diadakan larian Jalur Gemilang.Para pendidik dan tetamu serta murid-murid menyanyikan lagu-lagu patriotik sambil mengibarkan Jalur Gemilang dengan rasa bangga dan cinta akan negara.Program Merdeka Mountaineering Challenge 2- Angsi 2017 ini disertai oleh seramai 45 orang murid dan 15 orang guru termasuk guru pelatih.Tujuan program ini untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam kalangan pelajar sambil mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Angsi Ulu Bendol.


Ceramah Keselamatan Jalan RayaLarian Jalur GemilangEksplorasi Merdeka Tg Tuan 2017Merdeka Mountaineering Challenge 2- Angsi 2017
Ceramah keselamatan jalan raya ini telah diadakan pada 8 September 2017 bertempat di Dataran Tun Fatimah.Ceramah tersebut telah disampaikan oleh wakil Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR).Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan pemakaian topi keledar.Larian ini telah di sertai oleh murid-murid tingkatan 1 dan 2.Larian perlu diterapkan dalam kalangan generasi muda agar mereka sentiasa cergas, cerdas dan menjadi warga produktif untuk memastikan kelangsungan kemerdekaan dan kesejahteraan negara ini.Eksplorasi Merdeka Tg Tuan 2017 telah diadakan pada 6 September 2017 bertempat di Tanjung Tuan,Port Dickson. Disertai seramai 42 orang murid dan 6 orang guru. Tujuannya untuk memupuk semangat cinta akan negara dan menghargai keindahan alam sekitar. Sebahagian daripada anggota rombongan Program Merdeka Mountaineering Challenge 2- Angsi 2017 telah berjaya menawan dan mengibarkan Jalur Gemilang di puncak Gunung Angsi. Ekspedisi ini telah diadakan pada 9 September 2017 di Ulu Bendol,Kuala Pilah